Views: 248 Share

Lemang To'ki

Lemang To'ki
Lemang To'ki http://www.shopedia.my/media/com_jbusinessdirectory/pictures/companies/0/122196329220084245404633363251986488793716n-1468211544.jpg 4.5 05 0

Avg of 1 Ratings

Your Rating

Batu 2, Jalan Tras 28700

+60 9-222 1587
0169530544

Lemang To'ki

Type:
Service Provider
Categories:
Keywords:
General info

Asal usul lemang To'ki

Mula beroperasi pada tahun 2006, pada peringkat awal kedai Lemang To'ki hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi melihat penerimaan pelanggan terhadap lemangnya. 
 
Setelah pelanggan bertambah setiap tahun, beliau membuat keputusan membuka sepenuhnya kedai Lemang To'Ki pada akhir 2011 dengan beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin. 
 
"Kedai dibuka sekitar pukul 7.00 pagi hingga tengah malam dengan menyediakan menu sarapan pagi, makan tengah hari dan menu makanan panas pada waktu malam.
 
"Lemang pula disediakan dari pagi hingga pukul 5.00 petang sahaja," katanya. 
 
Mazlan yang mempunyai kemahiran dalam bidang mekanikal dari Politeknik Mara Kuantan, Pahang mempelajari cara membuat lemang daripada bapa birasnya yang berasal dari Perak. 
 
Beliau mempelajari bermula dari proses awal mencari buluh dan daun pisang, cara mengadunkan santan, garam bersama pulut serta proses terakhir membakar. 
 
"Resepi lemang To'Ki adalah dari saya sendiri, cuma saya belajar cara nak buat lemang tu dari orang Perak. 
 
"Kerana itu, nama lemang dinamakan To'Ki, gabungan panggilan nama orang tua di Perak, iaitu Tok dengan Aki di Pahang," menurut bapa kepada lima orang anak ini. 
 
Bagi menjaga kualiti lemangnya, hanya seorang pekerja sahaja yang ditugaskan untuk mengadunkan santan dan garam bersama pulut, manakala seorang lagi ditugaskan untuk membakar. 
 
"Jika pekerja bercuti, saya sendiri boleh membuatnya dari proses awal hingga akhir," katanya yang pernah membuka kedai membaiki kasut dan barangan kulit selama 16 tahun di Bentong.
  • State:
  • Pahang

BUSINESS REVIEWS

Add review

There are no reviews at the moment

Join Us

Shopedia.my is Malaysia Business Directory offering free business listing for everything from the city's tastiest burger to the most renowned cardiologist. Why not register for free today?

Join Us