Views: 219 Share

Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Madu Pak Ali
Jeruk Madu Pak Ali http://www.shopedia.my/media/com_jbusinessdirectory/pictures/companies/29/pak-ali-depan-1443253294.jpg 4.16667 05 1

Avg of 1 Ratings

Your Rating

Kawasan Perindustrian IKS Perda Tasek, Lot 420-421, 652-655 14120

+604-588 3781
+604-588 3781

Menjadi peneraju dalam pengeluaran makanan dan minuman halal di Malaysia berasaskan produk buah buahan dan makanan masyarakat Malaysia

Type:
Manufacturer/Producer
Categories:
Keywords:
General info

Pak Ali Food Industries Sdn Bhd merupakan pengeluar jeruk buah-buahan yang terulung di Malaysia dan terkenal dengan rasa dan aromanya yang istimewa dibawah jenama “Pak Ali”. Jeruk-jeruk ini  dihasilkan dari buah-buahan segar berkualiti yang terpilih dari ladang. Rasanya yang enak dan bernutrasi tinggi ini dihasilkan melalui gabungan resipi tradisional dan teknologi terkini dari pihak Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Produk Jeruk Madu Pak Ali telah mendapat pengiktirafan Sijil Halal dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Sijil Mesti dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Sijil “1 Malaysia Best” dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA). Sempena MAHA 2014, syarikat kami telah dianugerahkan sebagai pemenang Industri Asas Tani Jaya peringkat kebangsaan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Anugerah telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Penghasilan jeruk ini diusahakan di kilang yang terletak Kawasan Perindustrian IKS Perda Tasek, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang semenjak dari tahun 2009. Dikilang ini juga para pelancong dan pelanggan dapat melihat sendiri industri pembuatan jeruk secara lebih dekat disamping dapat membeli belah barangan keluaran Pak Ali Food Industries Sdn Bhd dan produk-produk usahawan tempatan lain dari Pulau Pinang di Pusat Jualan Jeruk Madu Pak Ali.

Jeruk Madu Pak Ali kini semakin terkenal sebagai buah tangan dari Pulau Pinang. Sudah menjadi kemestian bagi pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang mendapatkan Jeruk Madu Pak Ali sebagai cenderahati kepada saudaramara dan sahabat handai. Jeruk Madu Pak Ali juga kini diminati  oleh semua lapisan masyarakat. Jeruk yang dihasilkan didalam keadaan yang bersih, selamat dan tertutup, ditambah lagi dengan rasanya yang enak dan lazat, menjadikannya produk pilihan ramai masyarakat Malaysia.

  • State:
  • Pulau Pinang

BUSINESS REVIEWS

Add review

Join Us

Shopedia.my is Malaysia Business Directory offering free business listing for everything from the city's tastiest burger to the most renowned cardiologist. Why not register for free today?

Join Us